Teknik Penyusuan Susu Ibu Yang Berkesan
September 12, 2018
Show all

Assalamualaikum semua  dan salam juang untuk bonda yang menyusu!

Apa Khabar? Semoga terus sabar dalam jihad penyusuan.

Kira-kira kurang dari sebulan lagi, kita semua akan menyambut bulan Ramadhan. Bulan yang ditunggu-tunggu untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala dan melaksanakan munajat kepada Allah. Hukumnya WAJIB.

Namun begitu, Allah telah memberi keringanan dan perlepasan pada mereka-mereka tertentu. Ibu yang menyusukan bayi salah satu situasi yang dibenarkan oleh Allah.

Kerana dikhuatiri terjadinya kemudharatan pada diri bonda atau/dan kemudharatan kepada bayi yang dikandung mahupun yang disusukan dengan air susu badan ibu.

Allah berfirman: (Bulan Ramadhan) yang telah diturunkan Al-Quran, petunjuk bagi manusia dan bukti-bukti petunjuk dan kriteria yang jelas. Maka sesiapa yang melihat [bulan baru] bulan, mesti berpuasa; dan sesiapa yang sakit atau dalam perjalanan – maka jumlah hari yang sama. Allah bermaksud untuk memudahkan kamu dan tidak berniat untuk kamu kesulitan …} [Quran: 2: 185]

HAH! Kasihnya Allah pada kita semua. Kerana itu wujudnya kelonggaran yang dibenarkan syariat atas sebab-sebab yang dibenarkan. Alhamdulillah.

JADI Apakah ibu-ibu diluar sana sudah bersedia menghadapi Ramadhan tahun ini?

Apakah ibu-ibu risau untuk menyusu di bulan Ramadhan?

Bagaimanakah persiapan ibu-ibu yang menyusu ini menghadapi Ramadhan ini?

 

 

Sebelum pergi jauh, mari kita telusuri manfaat atau cabaran menyusu dibulan mulia ini.

  • Terdapat kajian sains menunjukkan, seseorang ibu yang menyusukan bayi mereka itu mampu berpuasa seharian penuh (dari waktu imsak sehinggalah waktu berbuka ketika maghrib).

Puasa tidak menjejaskan kandungan air susu ibu. Kilang susu akan berperanan menghasilkan air susu ibu mengikut keadaan ibu.

  • Namun terdapat satu kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan significan bagi ibu yang menyusu dan berpuasa di bulan Ramadhan (Ertem et al, 2001).
  • Kajian lain ada mengetengahkan bahawa kandungan lemak dalam susu tidak berubah apabila anda berpuasa selama sehari. Tetapi tidak bagi yang berpuasa lebih lama.
  • Pemakanan yang tidak mencukupi tidak mengubah kandungan susu ibu (Dr Garza et al., 1996). Namun, puasa boleh menyebabkan kekurangan pemakanan lain dalam susu ibu sekiranya anda menyekat pemakanan yang seimbang.
  • Sila ketepikan dahulu impian anda untuk kurus dibulan ramadhan kerana anda menyusu! Ini akan susu ibu menggunakan lemak badan untuk mengimbangi lemak yang tidak mencukupi dalam diet anda.

Dan ini membawa kepada penurunan badan yang tidak sihat kerana anda sebenarnya kekurangan gizi dalam pemakanan.

Oleh itu, simpan dulu impian anda kerana puasa bukan solusi untuk kurus bagi yang menyusu badan! Untuk anda dan bayi anda jua.

 

Disini, kami akan kongsikan tips berkesan untuk ibu-ibu yang menyusu untuk menghadapi bulan Ramadhan bulan rahmah ini.

 

 

1. PASANG NIAT DAN DOA

Penting sangatkah niat dan doa ini?

Ya bonda sekalian! Ianya perkara paling penting sebelum memulakan sesuatu.

Anda berpuasa dan anda juga sedang menyusukan anak. Kita risau anak kita cukupkah? Kenyangkah tidak?

Kita pulak kelaparan hingga memudaratkan diri. Itulah kerisauan bonda yang menyusu bayi.

Sebulan berpuasa kita memasang niat sebelum bermula puasa atau ketika sahur kan. Oleh itu, boleh niatkan sekali niat puasa dan menyusu ketika sahur.

Antara doa yang boleh diamalkan;

“Ya Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, seberapa banyak susu yang aku perolehi pada hari ini, penuhilah dengan rahmat-Mu, dan keberkatan di sisi MU, Ya Allah. Jadikan susu yang sedikit ini memberi kekenyangan yang berpanjangan untuk anakku. Ameen.

Pejamkan mata dan letakkan tangan bonda di dada dan berdoalah. Semoga Allah memperkenankan. Ameen.

Selebihnya mari kita usahakan  dengan pelbagai ikhtiar.

 

 

2. BERSAHURLAH SETIAP HARI

Bersahur ini sunnah. Ketika berpuasa, dituntut untuk bersahur dan berbuka.

Jadinya bagi bonda yang menyusu adalah wajib dan mesti bersahur ya!

Seelok-eloknya bonda bangunlah awal untuk bersahur dan sebaiknya di akhir-akhir waktu sahur. Sebagai contoh, jika imsak dalam 5.35pagi, bangunlah bersahur pada jam 5.00 pagi. Hukum melewatkan sahur amat dituntut dalam berpuasa.

Berbukalah puasa dengan segera apabila telah masuk waktunya. Jangan dilewatkannya!

Makanlah mengikut keperluan badan. Mengikut nutrisi diet yang seimbang bagi bonda yang menyusu.

 

Amalkan cara pemakanan yang sihat dan betul. Antaranya adalah seperti berikut:

 

a) Ambillah pemakanan yang mempunyai indeks glisemik (GI) yang rendah.

GI adalah unit mengukur kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah.

Bagi GI yang rendah mempunyai karbohidrat yang terurai lebih lambat  dan melepaskan glukosa secara beransur dalam darah berbanding GI yang tinggi yang mengurai lebih cepat semasa penghadaman.

KURMA antara pemakanan yang mempunyai GI yang rendah. Terbukti dalam laporan Nutrition Journal mengenai kajian pemakanan kurma kepada pesakit diabetes. Ia menunjukkan meskipun kurma mempunyai kandungan gula semulajadi yang tinggi tetapi ia adalah makanan rendah glisemik.

Ambillah dalam angka ganjil seperti 3, 5 dan 7 biji. Ianya memberikan tenaga segera dan diserap dalam tubuh. Makanlah ketika bersahur dan berbuka. Memberi tenaga dengan cepat dan lama.

Selain kurma, terdapat pemakanan lain iaitu pasta, kekacag, tortilla gandum, jagung, oat, yogurt rendah lemak, macaroni dan speggeti.

 

b) Makanlah makanan yang tinggi protein dan kalori.

Bonda yang menyusu memerlukan tenaga dan kalori yang tinggi bagi menampung keperluan penghasilan susu ibu.

Ini penting untuk memastikan bonda yang menyusu bertenaga sepanjang penyusuan berlangsung.

Antara protein yang baik untuk diambil adalah daging, ikan dan sayur-sayuran. Pengambilan buah-buahan juga tidak dilupakan untuk menyeimbangkan diet pemakanan yang seimbang.

 

c)Sekiranya ada, ambillah makanan tambahan atau suplemen. Ini sedikit sebanyak membantu memberi khasiat pada penyusuan dan tenaga sepanjang berpuasa. Sebagai contoh, pengambilan susu Moeder Milkbooster membantu penghasilan susu dengan lebih meriah dan diambil waktu sahur dan berbuka.

 

 

3. MINUMLAH AIR DENGAN BANYAK

Petua terbaik bagi penyusuan eksklusif selama 2 tahun adalah minumlah air dengan banyak.

Jangan biarkan diri bonda dihidrat. Kekurangan air.

Menyusukan bayi ini memang akan sentiasa dahaga. Oleh itu pentingnya minum air yang banyak. Lagi-lagi di musim bulan ramadhan, bagi ibu menyusu yang berpuasa.

Perlu kekalkan keperluan badan dengan bendalir yang mencukup. Sekurang-kurangnya 2-3 Liter atau 8 gelas air sehari.

Bagaimana ya?

Jika sediakan 1 gelas =250 ml air

8 gelas = 2 Liter, Maka 12 gelas =3 Liter

  • Tgh pagi (2-4 pagi) = 2 gelas
  • Sahur = 2 gelas
  • Berbuka = 2 gelas
  • Sebelum terawih =2 gelas/1 gelas
  • Selepas terawih =2 gelas / 1 gelas
  • Sebelum tidur mlm = 2 mug

Dan seelok-eloknya, minumlah air suam ketika bersahur dan berbuka puasa. Ianya membantu kelancaran pengeluaran susu badan bonda semua.

 

 

4. TERUSKAN MENGEPAM DAN BUAT STOK SUSU

Bonda teruskan aktiviti pengepaman di siang hari. Kekerapan mengepam membantu merangsang penghasilan susu tanpa putus.

Bonda juga boleh menyimpan stok susu untuk digunakan sepanjang ramadhan  pada siang hari.

Ini kerana, jika bonda tidak larat atau tidak bertenaga disiang hari, boleh gunakan stok susu ebm pada bayi anda.

As long mommies keep breastfeeding ya!

Enjoy during Ramadhan and get blessed from Him.

Keep fighting mommies! Ameen

 

Jika berminat untuk dapatkan Moeder, boleh klik sini -> KEDAI ONLINE MOEDER.

 

 

 

Rujukan

  1. http://www.islamweb.net
  2. theasianparent.com/
  3. http://breastfeeding.support/breastfeeding-during-ramadan/
  4. Ertem IO1, Kaynak G, Kaynak C, Ulukol B, Gulnar SB. Child Care Health Dev. 2001 Nov;27(6):545-54. Attitudes and practices of breastfeeding mothers regarding fasting in Ramadan.
  5. Dr Garza et al., 1996. Ann Prentice. http://archive.unu.edu/unupress/food/8F174e/8F174E04.htm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *