Tips Menyusu Di Bulan Ramadhan
September 12, 2018
Teknik Pemerahan Susu Ibu
September 12, 2018
Show all

Tahukah anda, Hospital Rakan Bayi  telah lama diwujudkan di Malaysia ini?

Ya!

Ini sebagai tanda sokongan kerajaan kita dalam menyokong penyusuan susu ibu sejak kelahiran bayi.

Ibu-ibu yang bakal melahirkan anak terutamanya anak pertama, anda boleh memilih  Hospital Rakan Bayi.

Kenapa?

Kerana di hospital ini menawarkan pakar penyusuan sendiri atau dikenali pakar laktasi.

Untuk apa?

Bagi membantu ibu-ibu mengenai penyusuan susu ibu sewaktu hamil juga setelah keluar dari hospital.

Kebanyakkan ibu-ibu  ketiadaan susu badan sejurus kelahiran bayi dan sememangnya perlu khidmat pengajar tentang penyusuan susu ibu.

Tahukah ibu-ibu, penyusuan sejam pertama selepas kelahiran bukanlah untuk mengenyangkan bayi sahaja?

 

Antaranya adalah:

  1. Ia juga membantu merangsang proses penghasilan dan pengaliran susu beterusan.
  2. Naluri bayi yang tinggi untuk menghisap selepas kelahiran
  3. Membantu proses pengecutan rahim ibu
  4. Mengelakkan ibu tumpah darah selepas bersalin

 

Pernahkah ibu-ibu mengalami dimana bayi anda menangis seperti menyusu tidak cukup dan kelihatan tidak puas, lapar?

Keadaan ini seringkali menjadi masalah pada ibu-ibu diawal penyusuan. Salah satu punca ianya berlaku kerana teknik penyusuan yang tidak betul.

 

BAGAIMANA TEKNIK PENYUSUAN YANG BERKESAN?

Sebelum sesi penyusuan dilakukan, basuhlah tangan ibu-ibu agar sentuhan pada bayi dan payudara anda lebih terjaga. Di bawah ini, saya kongsikan antara langkah-langkah yang membantu teknik penyusuan yang berkesan.

 

 

1. Posisi ibu dan bayi ketika menyusu

 

a)  Kedudukan badan ibu yang betul

  • Pilihlah posisi yang selesa bagi ibu dan dukungan bayi dengan baik
  • Posisi selesa dalam keadaan menyandar pada katil atau kerusi
  • Pastikan keadaan kepala bayi diampun dengan lengan atau pun bantal lembut (sesuai dengan bayi)
  • Rapatkan posisi bayi dengan anda. Elakkan membongkok kerana ianya tidak selesa dan sakit belakang
  • Elakkan menyandar terlalu jauh hingga kesukaran bayi mencapai anda untuk menyusu.
  • Tenangkan jiwa anda ketika menyusu.
  • Gunakan kusyen atau bantal untuk bersandar dan merehatkan kaki anda. Ianya menyokong posisi anda semasa penyusuan.
  • Terdapat 3 cara duduk ketika menyusu (the cradle hold, cross-over hold,  the football hold) dan satu cara baring ketika penyusuan.

 

b) Cara anda mendukung bayi anda

Cara mendukung bayi anda adalah penting bagi memastikan anda dan bayi selesa dan tidak memudaratkan.

Perkara ini bukan sahaja untuk ibu-ibu, malah ibu-bapa atau sesiapa sahaja yang mendukung bayi, perlu tahu cara dukungan yang betul.

Ini kerana, kadang anda menghantar bayi anda ke pusat asuhan, perlukan penjagaan dan pemberian susu botol dan tidak secara langsung.

Maka, cara mendukung bayi adalah penting untuk diketahui oleh ibu bapa dan juga pengasuh atau orang sekelilingnya.

Teknik mendukung bayi yang betul adalah:

  • Pastikan kepala dan tengkuk bayi berada dalam keadaan selari dan tidak berpusing.
  • Wajah bayi menghadap tempat penyusuan dan hidung bayi setentang dengan tempat penyusuan bayi.
  • Jika bayi anda masih baru lagi, ampu punggung, kepala dan bahu bayi.
  • Rapatkan seluruh badannya dengan si ibu.

 

c) Cara memegang payudara anda

  • Cara memegang payudara turut mempengaruhi penghasilan dan pengeluaran susu ketika bayi menyusu anda.
  • Ampu seluruh payudara anda dengan tangan dimana ibu jari diatas aerola manakala jari-jari lain dibawah aerola (Pegangan bentuk C)
  • Elakkan pegangan gunting dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk di atas puting manakala jari-jari lain dibawah aerola.
  • Tangan anda boleh dialihkan setelah bayi anda dah mula menghisap dan keadaannya selesa.

 

d) Cara penyusuan bayi

  • Sentuh bibir bayi anda bagi memberi rangsangan mulut bayi.
  • Bawakan bayi anda kearah payudara anda apabila mulut bayi terbuka luas.
  • Pastikan mulut bayi melekap pada aerola dan bukan pada puting ibu semata.
  • Lekapan yang betul dan ampu sedikit payudara anda.
  • Pastikan keselesaan anda dan bayi.
  • Tenangkan diri dan gambarkan perkara-perkara yang positif.

 

 

2. Pelekapan

Teknik perlekapan yang betul penting memastikan bayi dapat menyusu dengan elok dan mengelakkan ibu-ibu luka ketika menyusukan bayi.

Selain itu, pelekapan yang betul merangsangkan penghasilan susu yang optimum dan mengenyangkan bayi.

Ini kerana ransangan susu bukan pada puting susu tetapi adalah bahagian aerola payudara (kawasan hitam payudara).

 

Tanda-tanda perlekapan yang betul:

  • Mulut bayi anda terbuka luas
  • Dagu bayi mencecah payudara.
  • Bibir bayi anda melekup keluar. Sekiranya termasuk kedalam, anda perlu tarik sedikit dagu bayi supaya bibirnya terkeluar.
  • Pastikan pipi bayi mengembang sebagai tanda aerola masuk penuh ke dalam mulut bayi.
  • Pastikan jua mulut bayi tidak terlepas semasa menyusu.

 

Perkara yang perlu diambil perhatian, gerakkan bayi anda ke payudara anda, bukan gerakkan payudara anda ke bayi.

 

 

3. Pelekapan yang salah

Penyusuan yang lancar, puting ibu tidak mudah cedera kerana puting ibu berada jauh dalam mulut bayi.

 

Dikongsikan bersama tanda-tanda pelekapan yang tidak betul dan mengakibatkan masalah semasa penyusuan;

  • Puting payudara kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan
  • Ibu-ibu berasa sakit di putting semasa dan selepas penyusuan.
  • Payudara ibu-ibu mula membengkak
  • Susu badan tidak dikeluarkan dengan optimum.
  • Mulut bayi sering tertarik keluar dari payudara ketika menyusu

Pelekapan yang tidak betul memberi kesan pada kebengkakan payudara kerana susu tidak dikeluarkan dengan baik.

Selain itu luka dan melecet pada puting hingga menyebabkan ianya berdarah. Seringkali ibu-ibu mengalami masalah ini.

 

 

4. Penilaian samaada bayi menyusu dengan baik

Bahagian ini penting supaya ibu-ibu peka dan fahami tentang penyusuan susu ibu ini.

Atas kepekaan ini membantu ibu mengenalpasti kepuasan bayi menyusu. Agar bayi anda mendapat susu secukupnya.

Tidak meragam. Tidak menangis. Tidurnya lena. Dan pastinya ibu-ibu merasa gembira dan tidak tertekan atau kemurungan.

 

Ibu-ibu boleh perhatikan beberapa perkara iaitu;

  • Keadaan mulut bayi (bukaan yang luas)
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar.
  • Bahagian aerola di bahagian atas mulut bayi lebih kelihatan berbanding dibawah mulut
  • Hidung bayi terletak elok pada payudara dan bayi boleh bernafas dengan baik
  • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan sambung semula. Hisapan yang perlahan dan dalam.
  • Ibu-ibu boleh mendengar bunyi hisapan bayi menelan susu.

 

Penyusuan susu ibu seharusnya tidak menyakitkan ibu-ibu. Sekiranya ianya terjadi, masukkan jari anda ke dalam mulut bayi anda bagi memberhentikan seketika penyusuan.

Ambil masa sikit, rehatkan diri anda dan cuba semula sehingga anda berjaya menyusukan bayi anda.

Pun begitu, bukan sahaja teknik penyusuan sahaja, malah perlu diseimbangkan dengan ketenangan hati saat menyusu.

Jika teknik sahaja ada tanpa ibu-ibu merasa tenang, ibu-ibu berkemungkinan mengalami masalah susu badan yang mencurah.

Ingin penghasilan susu yang berpanjangan?

Dapatkan susu Moeder MilkBooster yang mengandungi kandungan yang lengkap dan membantu merangsang penghasilan susu, memberi ketenangan dan tenaga berpanjangan untuk anda.

 

 

Rujukan:

  1. http://www.tensteps.org/pdf/b6-The-Basic-Techniques-of-Breastfeeding.pdf
  2. http://www.healthyvitagarden.com/
  3. http://www.nursingmothers.org/html/positioning.html
  4. http://www.myhealth.gov.my/teknik-penyusuan-susu-ibu-yang-betul/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *