Teknik Pemerahan Susu Ibu
September 12, 2018
Makanan Yang Terbaik Untuk Ibu Menyusu
September 12, 2018
Show all

Hari ini saya ingin benar-benar ingin kongsikan pada ibu-ibu semua kenapa perlu menyusu susu ibu?

Kenapa susu ibu? Apa kelebihan dia?

Kenapa tidak susu formula?

Dalam Al-Quran, Allah telah memberitahu akan perlunya susu ibu pada bayi. Ini menunjukkan bahawa menyusu ibu ini adalah perkara yang utama dan SERIUS!

Surah Lukman ayat 14, Allah menjelaskan;

“dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan(ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”  (31:14)

 

Juga dalam surah Al-Baqarah ayat 233 Allah menegaskan ;

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu” (2:233)

 

Sewaktu menyusu adalah momen momen yang indah sebenarnya antara ibu dan anak. Anak kecil yang bersih, baunya pun wangi.. seakan tidak puas untuk ditatap. Apatah lagi saat menyusu itu, saling bertentang mata dan tautnya hati anak dengan ibunya. Indah dan seronoknyaa..

MasyaAllah, HEBAT kan susunan Allah.. Hubungan ibu dan anak-anak kecik adalah kenangan yang paling indah dalam kehidupan seorang ibu.

Bukanlah untuk menafikan susu formula tapi nak beritahu betapa hebatnya susu ibu yang Allah kurniakan pada seorang ibu kepada bayi.

 

Mari kita lihat perbezaan antara susu ibu dan susu formula.

PerkaraSusu ibuSusu formula
Perlindungan dari penyakit
  • Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan, mengurangkan penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis, dan cirit-birit.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak di kemudian hari.
  • Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi, mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang.
  • Tidak mendapat perlindungan daripada pelbagai penyakit kerana tidak mengandungi antibodi menyebabkan bayi yang diberi susu formula lebih kerap mendapat jangkitan penyakit seperti cirit-birit, demam, selesema, batuk dan alahan.
Vitamin dan Zat Galian
  • Mengandungi vitamin dan zat galian yang mudah dihadam dan diserap oleh usus bayi anda
  • Meskipun mengandungi zat vitamin namun ianya tidak sama kandungan zat galian yang terdapat dalam susu ibu
  • Kerana susu adalah bahan hidup yang dibuat oleh setiap ibu untuk bayinya.
  • Dan ia satu proses yang tidak boleh ditiru atau diklonkan di sebuah kilang.
Mudah dihadam
  • Susu ibu mudah dihadam kerana kandungan lemak dan DHA yang boleh menyerap dalam usus bayi
  • Kandungan zat lemak dalam susu formula tidak mudah dihadam oleh usus bayi
Rasa yang pelbagai
  • Susu ibu mengandungi enzim dan hormon yang membantu menyokong perkembangan bayi.
  • Ibu menyusu memerlukan kalori yang tinggi sekurang-kurangnya 500kalori tambahan. Maka pemakanan yang perlu diambil adalah seimbang.
  • Ianya sebagai satu cara memperkenalkan bayi yang menyusui untuk rasa yang beza melalui susu ibu –rasa yang berbeza bergantung apa yang dimakan oleh ibu-ibu.
  • Dengan diberi makanan “budaya si ibu”, bayi yang menyusu akan mudah menerima makanan pepejal seawall 6 bulan.
  • Rasa susu formula adalah sama dan tidak berubah dari semasa ke semasa.
  • Ini menyebabkan bayi sehingga kanak-kanak kelihatan sukar untuk menerima makanan kerana sudah terbiasa dengan susu formula.
  • Sebab itu, jika lihat anak-anak yang menyusu botol susu formula tidak lalu makan dan ketagih untuk minum susu sahaja.
IQ yang tinggi dan usus yang sihat
  • Mempunyai kandungan karbohidrat dan laktosa yang tinggi dalam susu ibu
  • Kajian menunjukkan laktosa yang tinggi ini meningkatkan perkembangan otak bayi
  • Mengandungi sel hidup dan bakteria baik yang membantu kesihatan usus, tingkatkan imunisasi bayi dan perkembangan otak bayi
  • Susu formula tidak mengandungi sel hidup dan juga tiada bakteria baik yang mampu meningkatkan imunisasi bayi
  • Selain itu, kandungan dalam susu formua tidak mudah dicerna oleh usus bayi menyebabkan komplikasi seperti cirit birit

 

 

Saya kongsikan juga perbandingan dari sudut yang lain.

 

1. Susu ibu mudah diperolehi berbanding susu formula

Susu ibu diperolehi dimana jua sama ada di dalam rumah atau diluar rumah. Tidak perlu keluar rumah untuk mendapatkan susu formula. Hanya bergantung sepenuhnya pada ibu-ibu.

 

2. Susu ibu diperolehi percuma berbanding susu formula

Susu formula perlu dibeli dan perlu membuat simpanan untuk membeli susu formula. Susu ibu didapati percuma dari kantung ibu sahaja. Tidak perlu mengeluarkan duit.

Susu formula untuk bayi dijual mahal dipasaran. Ini mengambil sebahagian duit perbelanjaan yang banyak semata-mata untuk susu formula. Dianggarkan setahun dalam rm1000 perbelanjaan untuk susu formula.

Bukankah dengan penyusuan susu ibu lebih menjimatkan?

 

3. Susu formula lebih flexibiliti berbanding susu ibu

Dikatakan bahawa orang lain atau sesiapa sahaja termasuk suami mudah untuk menjaga bayi tanpa perlu penyusuan susu ibu. Hanya menggunakan susu formula dalam botol.

Namun begitu, teknologi bertambah canggih, ibu-ibu semakin cerdik, maka susu ibu perahan sudah menjadi kebiasaan yang diamalkan pada masa kini.

Maka, susu perahan ibu boleh digunakan oleh pengasuh atau suami untuk menyusukan bayi.

 

4. Susu formula memberi tidur bayi dengan lebih lama

Pengambilan susu formula cukup mengeyangkan dan menyebabkan penghadaman berlaku secara perlahan. Dan ini menyebabkan ianya kenyang lama dan mendapat tidur yang lama.

Ia juga menyebabkan bayi kenyang tanpa rasa ingin makan makanan solid setelah sampai usia yang boleh bayi makan (kebiasaannya 6 bulan dan keatas)

Manakala susu ibu, bayi akan kerap menyusu kerana ususnya mudah menyerap susu ibu. Dan ini menyebabkan bayi kerap bangun untuk menyusu. Kebiasaannya ia akan bangun sejam atau setengah jam sekali.

 

Sebilangan kecil terdapat ibu-ibu tidak dapat menyusu. Ini sukar untuk diterima, tetapi ia tidak menjadikan anda seorang ibu yang tidak baik. Formula bayi masih pilihan yang sihat, dan bayi anda akan mendapat nutrien yang diperlukan.

 

Ibu yang tidak boleh  menyusukan bayi termasuk mereka yang:

  1. Mempunyai HIV atau AIDS, kerana mereka boleh menyebarkan virus kepada bayi mereka.
  2. Terdapat ubat-ubatan tertentu diperlukan untuk merawat masalah kesihatan yang berterusan. Sekiranya anda mengambil ubat untuk masalah kesihatan, tanya perawat anda jika masih selamat untuk menyusu.
  3. Mempunyai penagihan alkohol atau dadah.

 

Kesimpulan yang dapat dibuat, susu ibu adalah sangat dituntut dalam islam. Ianya mengandungi kelebihan dan keunikan yang Allah berikan pada seorang ibu untuk anaknya.

Tuntutan ini memerlukan ibu-ibu meletakkan tekad dan semangat yang kuat untuk melaksanakan tanggungjawab dan menunaikan hak anak-anak.

Apa pun pilihan telah diberi, susu ibu mahupun susu formula. Saya telah berkongsi dengan anda kelebihan dan manfaat susu ibu ini.

Namun atas anda sendiri ingin menilainya dan memilih yang terbaik untuk anak anda!

Semoga ianya bermanfaat. Selamat meneruskan perjuangan jihad penyusuan!

Jika berminat untuk dapatkan Moeder, boleh klik sini -> KEDAI ONLINE MOEDER.

 

Rujukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *